DIARI MEDIA

WARTAWAN BERNAMA MENANG KATEGORI PENULISAN RENCANA CEMERLANG MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2020

13/09/2020 11:39 AM
Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang.

KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendapat tempat pertama kategori Penulisan Rencana Cemerlang pertandingan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysian Press Institute (MPI) Petronas pada Malam Wartawan Malaysia 2020 (MWM 2020).

Wartawan Bernama Rohana Nasrah daripada Biro Sabah menjadi pemenang bersama kategori tersebut dan membawa pulang RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Kemenangan itu diperoleh menerusi penulisan bertajuk ‘Gajah Borneo: Khazanah berharga Sabah semakin terancam’, ‘Jibius Dausip, wira gajah tidak didendang’, ‘Gajah Borneo: Perlu situasi menang-menang’, ‘Usaha bersepadu demi selamatkan Gajah Pygmy Borneo’ dan ‘Potensi Kinabatangan perkasa pelancongan Sabah’.

Hadiah kemenangan itu disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain.

Seorang lagi pemenang bersama kategori berkenaan ialah Fauzrina Bulka mewakili Jabatan Penerangan menerusi tiga artikel beliau berkaitan sekolah.

Selain itu, wartawan Bernama Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman dan Ahmad Shahuri Mat Jaan membawa pulang hadiah saguhati RM1,000 berserta sijil dalam kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi tajuk ‘Raja Berdaulat Payung Negara’.

Muhammad Azim Zaid daripada Bernama Radio turut memenangi hadiah saguhati RM1,000 dengan sijil menerusi kategori Laporan Radio Terbaik menerusi tajuk ‘Pakar Jadian Jendela Estetik’.

Kategori Anugerah Khas Juri diberi kepada tokoh wartawan Allahyarham Datuk Ahmad A. Talib yang disampaikan kepada anak perempuannya Sophia dan menerima RM10,000 berserta trofi dan sijil.

Terdahulu, Pengerusi MWM2020 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya dalam ucapannya berterima kasih kepada para penaja dan menceritakan cabaran menjayakan acara malam ini ekoran penularan COVID-19 dalam negara.

Acara hari ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Chamil, sejarah tercatat pada majlis tersebut apabila pertama kalinya MWM disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV dan Bernama FB Live.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin hadir bagi mewakili Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi pengumuman pengacara majlis, tiada pemenang hadiah Kajai pada tahun ini kerana pihak juri mendapati tiada penyertaan yang layak dianugerahkan.

Berikut ialah senarai penuh pemenang mengikut kategori bagi MWM 2020:

1.Infografik Terbaik - Nor Salim Mohamed Dawam dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin (Harian Metro)

2.Desain Halaman Pertama Terbaik - Tung Eng Hwa (The Star)

3.Kewartawanan Foto Cemerlang - Lek Kah Meng (Sin Chew Daily)

4.Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail - Rebecca Grace Rajaeb Dram (The Star) dan Mohd Faris Izzat Shaharudin (RTM)

5.Penulisan Kolum/Rencana Pengarang - Rajan David Christy (New Straits Times)

6.Kartun Editorial Terbaik - Norkamaro Mohd Noor (Utusan Malaysia)

7.Foto Esei Cemerlang - Azhar Mahfof (The Star)

8.Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang - Shanjeev Reddy dan Ian Yee (The Star)

9.Laporan Radio Terbaik - Siti Safura Draoh (Nasional FM)

10.Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang - Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein (Harian Metro)

11.Dokumentari Video Terbaik - Christine Lee Mei Chin, Zerry Francis, Wan Amran Wan Berahin, Mohamed Ali Othman, Megat Samsul Kamal Mohamad Zamberi, Mohd Hairul Izuan Aminuddin, Mohd Rafi Kassem, Rozaiman Maion, Mohamad Amirul Akmal Norazali, P. Jeevan M. Ponniah, Sivakumar Munian, Jasrizan Bidin, Irin Putri Azmi (TV3)

12.Penulisan Rencana Cemerlang - Rohana Nasrah (Bernama) dan Fauzrina Bulka (Jabatan Penerangan Malaysia)

13.Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas - Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz (Berita Harian)

14.Kewartawanan Multimedia Terbaik - Lee Long Hui, Nuraidila Abdul Razak, Darshini Kandasamy, Nigel Aw Heng Liang, Ho Kin Kyun, Syariman Badrulzaman, Mohd Fakhrull Abd Halim, Wong Kai Hui, Tong May Yean Geraldine, Muhammad Azneal Ishak, Ng Xiang Yi, Wahyudi Mohd Yunus, Thiagaraj Devaraj, Tham Seen Hau, Annabelle Lee Jia Wen dan Vivian Yap Wei Wen (Malaysiakini)

15.Berita Video Terbaik - Juliana Sharin, Mohd Haizal Ilhamis, Mohd Jufri Mohd Judin (TV3)

16.Laporan Berita Cemerlang - Siti Nor Akmaliah Razak, Siti Fatihah Awang, Adila Sharinni Wahid dan Rosmiza Kasim (Sinar Harian)

17.Anugerah Khas Juri - Datuk Ahmad A. Talib

-- BERNAMA

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)