
SEPANG, 15 Nov -- Para pengembara warga asing yang memiliki pas lawatan jangka panjang diberikan kemudahan autogate untuk memasuki Malaysia secara rasmi bermula hari ini.
Langkah ini diambil bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan kemasukan warga asing di negara ini dan penggunaan kemudahan itu bergantung kepada jenis pasport yang mempunyai cip dan mengikut standard penetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM, 26 Dis -- Sukarelawan Persatuan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia giat melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Taman Sri Muda Seksyen 25 ketika tinjauan hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
SHAH ALAM, Dec 26 -- Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia Foundation Association volunteers were actively carrying out clean-up work around Taman Sri Muda Section 25 during a survey today.
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

TEMERLOH, 24 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab hari ini.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) giat membuat persediaan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada sesi latihan rasmi hari ini menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021.
KL City akan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 9 malam esok.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 13 Nov -- Noriah Nor, 62, mencari 'ambal' atau siput buluh di pantai Kampung Buntal, sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuching.
Di Kampung Buntal apabila air laut surut, pantainya yang landai akan terbentang luas sehingga tiga kilometer ke tengah laut dan keadaan ini menjadi sumber rezeki kepada penduduknya untuk mencari 'ambal' atau siput buluh yang banyak terdapat di dalam pasir pantai kerana ambal boleh dijual dengan harga RM30 hingga RM40 sekilo dan sedap dimasak asam kunyit dan boleh dibuat cucur atau 'Suder' dalam bahasa tempatan.
Beliau merupakan penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) RM250 sebulan daripada kerajaan negeri, tidak akan melepaskan tanggungjawabnya untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) yang dijangka diadakan hujung bulan ini atau awal bulan depan meskipun Sarawak masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA