BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
COVID-19

1,161,503 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

29/05/2022 12:05 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,161,503 atau 32.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,709,368 atau 48.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,648 atau 93.6 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,009,154 atau 96.7 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,093,145 atau 68.4 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,974,183 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,250,761 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 17,578 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 7,554 dos pertama, 8,829 dos kedua dan 1,195 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,896,708.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam masing-masing satu kes di Selangor dan Kedah. 

-- BERNAMA

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan