BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
COVID-19

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

27/05/2022 09:22 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seramai 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,008,137 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Sebanyak 13,331 dos harian diberikan semalam meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,855,556.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor dan satu kes di Perak.

-- BERNAMA

 

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan