BERITA COVID–19   COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2 | Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China | Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | 
COVID-19

China: jumlah kes disahkan koronavirus baharu meningkat 571

26/01/2020 11:45 AM

BEIJING, 23 Jan -- Jumlah kes koronavirus baharu yang disahkan di China meningkat kepada 571, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China pada Khamis.

Menurut suruhanjaya itu lagi jangkitan virus berkenaan telah dilaporkan di 25 bandar dan wilayah.

Pada Rabu jumlah kes yang disahkan dilaporkan sebanyak 324 dengan 17 kematian.

"Sebanyak 571 kes jangkitan telah disahkan, 95 orang berada dalam keadaan kritikal dengan 17 kematian," memetik kenyataan suruhanjaya itu lapor agensi berita Sputnik.

Sementara itu, lebih 250 kes baharu didaftarkan di 13 wilayah China.

Kes yang telah disahkan positif dijangkiti koronavirus baharu juga dilaporkan di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Wabak penyakit itu mula dikesan di bandar Wuhan, wilayah Hubei, China.

Pada Rabu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pihaknya perlu mengumpul lebih banyak maklumat untuk memutuskan sama ada wabak itu perlu diisytiharkan sebagai kecemasan global atau sebaliknya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan