BERITA COVID–19   COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2 | Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China | Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | 
COVID-19

Wabak Koronavirus: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan - KKM

26/01/2020 11:45 AM

KUALA LUMPUR, Jan  23 -- China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan, susulan penularan wabak koronavirus.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di situ juga tidak dibenarkan keluar.

"Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Jan. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan," menurut catatat tersebut. 

Media semalam melaporkan, setakat ini sembilan maut akibat virus itu, manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Amerika Syarikat turut mengumumkan virus berkenaan telah memasuki negara itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan koronavirus baharu itu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

-- BERNAMA 

 

 


 

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan