BERITA COVID–19   COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2 | Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China | Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | 
COVID-19

Angka kematian akibat koronavirus baharu di China meningkat sembilan orang

26/01/2020 11:46 AM

BEIJING, 22 Jan  -- Sebanyak sembilan kematian akibat koronavirus baharu dilaporkan di China dengan 440 orang disahkan dijangkiti, kata ketua Suruhanjaya Kesihatan Negara China Li Bin kepada pemberita pada Rabu.

"Setakat ini, jumlah kes yang disahkan di China mencecah 440 dengan sembilan kematian," memetik Li Bin lapor agensi berita Sputnik.

Terdahulu pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata terdapat 324 kes disahkan koronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbarunya minggu ini mendedahkan sejumlah 282 kes koronavirus baharu telah disahkan, 278 kes di China, dengan enam kematian.

Kes penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh koronavirus turut dilaporkan di Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). Pihak berkuasa kesihatan China telah mengesahkan virus itu boleh tersebar melalui jangkitan manusia kepada manusia. 

Pada Selasa, Institut Kesihatan Negara (NIH) AS mengumumkan negara itu telah memulakan usaha  untuk membangunkan vaksin yang boleh menyembuhkan koronavirus baharu.

-- BERNAMA

 

 

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan