BERITA COVID–19   COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2 | Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China | Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | 
COVID-19

Wabak koronavirus baharu, presiden Korea Selatan arah langkah pencegahan ditingkatkan

26/01/2020 11:47 AM

SEOUL, 22 Jan -- Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah penularan koronavirus baharu di Korea Selatan, menurut pejabat presiden pada Rabu.

Beliau juga telah diberikan taklimat mengenai wabak itu yang mula dikesan di Wuhan, China.

Agensi berita Yonhap melaporkan beliau mahu langkah kuarantin dan pencegahan penuh diambil.

Selain itu, beliau turut mahu kajian komprehensif dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wabak itu boleh memberi kesan terhadap ekonomi Korea Selatan, menurut wakil jurucakap pejabat presiden Han Jung-woo.

Awal minggu ini, kes pertama disahkan koronavirus baharu dilaporkan di sini, meletakkan pihak berkuasa kuarantin dalam keadaan berjaga-jaga. 

-- BERNAMA

 

 

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan