BERITA COVID–19   COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2 | Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China | Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | 
COVID-19

Jepun sahkan kes pertama koronavirus

17/01/2020 12:35 PM

 TOKYO, 17 Jan  -- Jepun mengesahkan kes pertama pneumonia yang mempunyai kaitan dengan koronavirus, kata pegawai kerajaan pada Khamis.

Agensi berita Xinhua melaporkan, menurut pegawai itu  seorang warga China didapati positif dijangkiti virus berkenaan di Jepun. 

Virus itu telah menjejaskan puluhan orang di China sejak wabak bermula Disember lalu di Wuhan, timur China.

Warga China itu dipercayai telah mengunjungi Wuhan, kata pegawai.

-- BERNAMA

 

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan