AM

PENCAPAIAN BERSEJARAH DATUK SRI DR IRMOHIZAM IBRAHIM TERIMA PHD KETIGA & ANUGERAH KEDOKTORAN CEMERLANG TUANKU CANSELOR (SAINS SOSIAL) UPNM

02/12/2025 12:21 PM

 

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap Ahli Lembaga Pengarah, World Trade Centers Association (WTCA) mencipta satu lagi pencapaian bersejarah apabila beliau menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan & Pentadbiran, di samping dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor (Sains Sosial), iaitu pengiktirafan tertinggi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kepada graduan terbaik doktor falsafah.

Ini merupakan PhD ketiga beliau dalam perjalanan mencari ilmu dan beliau telah membuktikan bahawa semangat pembelajaran sepanjang hayat tidak pernah padam dalam dirinya, walau setinggi mana pun kejayaan yang telah dicapai Penganugerahan ini telah disampaikan sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Canselor UPNM, bersempena Istiadat Konvokesyen Ke-15 UPNM 2025. 

Pemilihan Irmohizam sebagai penerima anugerah ini adalah berdasarkan mutu penyelidikan, disiplin akademik serta impak signifikan beliau terhadap bidang Sains Sosial dan kepimpinan.

Kejayaan yang diraih oleh Irmohizam mengukuhkan lagi reputasi WTCKL sebagai organisasi yang dipimpin oleh tokoh berwibawa yang bukan sahaja cemerlang dalam sektor perdagangan dan korporat, tetapi juga menjunjung tinggi nilai keilmuan serta penyelidikan.

WTCKL percaya kepimpinan yang berasaskan ilmu adalah pemangkin utama dalam mengemudi pembangunan industri, mengangkat ekosistem Acara Perniagaan negara dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara antarabangsa.

“Pencapaian ini bukan sekadar hasil komitmen dan cinta pada ilmu, tetapi juga penyuntik semangat untuk terus memperkasa WTCKL, industri yang saya pimpin, serta menyumbang kepada pembangunan negara. Ilmu bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi landasan utama untuk memacu inovasi dan untuk kekal visible, relevant and reliable.” kata Irmohizam.

Sebagai peneraju strategik dalam sektor Acara Perniagaan, pencapaian akademik tertinggi yang diraih oleh Irmohizam memperkukuh kedudukan beliau sebagai tokoh nasional yang berjaya menggabungkan kepakaran industri dengan kecintaan terhadap ilmu yang merupakan satu kelebihan kritikal dalam membentuk kepimpinan berasaskan pengetahuan, knowledge-driven leadership dalam era global.

Irmohizam juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada kepada UPNM, terutamanya kepada penyelia utama PhD beliau iaitu Prof. Datuk Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin (Penolong Naib Canselor Kanan, Pembangunan Strategi), atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang perjalanan PhD ini.

WTCKL turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini dan menyifatkan kejayaan ini sebagai selaras dengan komitmen dan nilai profesionalisme yang dibawa oleh Irmohizam dalam memacu transformasi industri Acara Perniagaan di Malaysia.

— BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan