DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DIBUKA BERCAMPUR-CAMPUR

12/11/2025 10:29 AM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 susut setengah mata kepada 1,643.5, Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing pada 1,645.0 dan 1,630.0 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,627.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,520 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 44,191 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 2.10 mata kepada 1,636.93 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa di paras 1,634.83.

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan