PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

02/07/2026 10:43 AM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.

Pada 9.34 pagi, kontrak Julai 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,669.5, Ogos 2026 naik lapan mata kepada 1,670.0, September 2026 melonjak 10 mata kepada 1,652.5 dan Disember 2026 menokok tujuh mata kepada 1,653.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,265 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 30,837 kontrak.

Pada 10.18 pagi, FBM KLCI meningkat 6.98 mata kepada 1,663.81 daripada 1,656.83 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2575630