PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

30/06/2026 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang lebih perlahan. 

Kontrak Jun 2026 susut tiga mata kepada 1,668.0, Julai 2026 berkurang 5.5 mata kepada 1,670.5, September 2026 merosot lima mata kepada 1,653.5, dan Disember 2026 turun 3.5 mata kepada 1,656.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 12,448 lot daripada 30,793 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 42,022 kontrak daripada 62,025 kontrak semalam. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.85 mata kepada 1,664.06 berbanding 1,665.91 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2575038