DUNIA

Produk Berteknologi Tinggi China Jadi Tumpuan Di Ekspo China-Eurasia Ke-9

29/06/2026 02:28 PM

URUMQI, 29 Jun (Bernama-CMG) -- Ekspo China-Eurasia kesembilan yang berlangsung di sini dari 25 hingga 29 Jun menarik penyertaan 49 negara dan wilayah dari Asia Eropah, serta pertubuhan antarabangsa.

Lebih 3,000 syarikat tempatan dan asing turut menyertai ekspo itu dengan mempamerkan pelbagai produk masing-masing.

Daripada enam zon pameran utama yang disediakan pada edisi kali ini, zon kuasa produktif kualiti baharu yang diperkenalkan buat julung kali menjadi antara tumpuan utama dan mencatat jumlah pengunjung paling ramai.

Banyak produk pintar dari China turut membuat penampilan sulung pada ekspo itu, sekali gus mendapat sambutan baik, khususnya daripada syarikat asing.

Kesalinghubungan infrastruktur pengangkutan yang semakin baik turut memudahkan kegiatan perdagangan antara China dengan negara lain.

Dengan pembukaan laluan udara bagi produk pertanian dari Urumqi ke Dubai, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini mempunyai laluan pengangkutan kargo udara baharu. 

Perkembangan itu turut menarik perhatian pengeluar gula-gula terbesar di Dubai yang optimis terhadap potensi pasaran China.

Ekspo China-Eurasia kesembilan turut menyediakan zon khas bagi mempamerkan industri utama dan produk istimewa dari pelbagai negara, termasuk madu dari Rusia serta buah-buahan tropika dari Thailand.

-- BERNAMA-CMG

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2574394