POLITIK

PRN Johor: Teo Hadir Beri Sokongan Calon PH DUN Bukit Permai

27/06/2026 08:54 AM

BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) -- Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching tiba di pusat penamaan calon di Dewan Raya Putra, Bandar Putra di sini pada 8.26 pagi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai Mohamad Shafwan Ani.

Penyokong parti mula membanjiri pusat penamaan calon seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing, sekali gus mewarnai suasana dengan sorakan, laungan slogan dan kibaran bendera parti.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2573567