KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lemah.
Pada 9.40 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat tiga mata kepada 1,719.0 serta Julai 2026, September 2026 dan Disember 2026, masing-masing naik 4.5 mata kepada 1,721.50, 1,701.50 dan 1,701.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2,116 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,852 kontrak.
Pada 9.55 pagi, indeks petunjuk pasaran menurun 2.11 mata kepada 1,709.92 daripada 1,712.03 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA