AM

Suami Nancy Shukri Meninggal Dunia 

18/06/2026 08:29 PM

KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching esok.

“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Datuk Seri Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya untuk memberikan peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

“Masa penghormatan akhir akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2570130