DUNIA

Gempa Bumi 6.3 Magnitud Gegar Mindanao, Filipina - GFZ

15/06/2026 07:15 PM

HONG KONG, 15 Jun (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi 6.3 magnitud menggegarkan wilayah Mindanao di Filipina pada 9.18 pagi GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 116.8 kilometer, pada awalnya dikenal pasti berada pada koordinat 6.14 darjah latitud utara dan 126.85 darjah longitud timur.

 

- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2568848