DUNIA

Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Landa Perairan Selatan Itali

02/06/2026 10:36 AM

ISTANBUL, 2 Jun (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda perairan selatan Itali lewat Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa yang direkodkan pada kedalaman 247 kilometer (km) itu berlaku 38 km dari Cosenza di wilayah Calabria.

Tiada laporan segera mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan besar susulan gegaran itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2563783