AM

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari TUDM Ke-68

01/06/2026 09:00 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-68 kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2563434