SUKAN

Kejuaraan B-19 ASEAN: Pemain JDT Dominasi Senarai Akhir 23 Pemain Ke Medan

30/05/2026 05:33 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sebanyak 15 pemain dari kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi senarai akhir 23 pemain bagi menggalas tugas skuad kebangsaan pada Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun 2026.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada 15 pemain itu, lapan daripadanya adalah pemain JDT III manakala baki tujuh pemain lagi beraksi untuk JDT IV.

Menurut FAM, rata-rata pemain dipilih ketua jurulatih Mohd Nafuzi Zain kali ini berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun manakala penyerang JDT IV Arayyan Hakeem Norizam menjadi pemain paling muda, iaitu berusia 17 tahun.

“Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 yang berlangsung di tiga venue, iaitu Stadium Teladan, Stadium Madya 1 dan Stadium Utama Sumatera Utara disertai 11 pasukan, dengan tuan rumah yang juga juara bertahan Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar.

“Kumpulan B menampilkan finalis edisi terdahulu, iaitu Thailand, Malaysia, Singapura dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi tiga pasukan - Australia, Kemboja dan Filipina,” menurut FAM.

Malaysia, yang muncul juara dua kali pada edisi 2018 dan 2022 akan memulakan kempen berdepan Singapura pada 2 Jun disusuli aksi menentang Brunei (5 Jun) sebelum melengkapkan saingan kumpulan bertemu Thailand (8 Jun).

Hanya juara kumpulan dan pasukan tempat kedua terbaik mara ke separuh akhir.

Pada edisi terakhir pada 2024 di Surabaya, Indonesia, skuad B-19 kebangsaan yang ketika itu dibimbing Juan Torres Garrido menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Australia.

 

Berikut senarai akhir 23 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia pada saingan Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun:

 

No

Nama

Posisi

Umur

Kelab

1.

Ahmad Lutfil Hadi Sahabudin

Tengah    

19

JDT III

2.

Muhammad Arsyad Mohd Shamsul Aswadi

Tengah

19

JDT III

3.

Muhammad Arif Aiman Za'aba

Tengah

19

JDT III

4.

Muhammad Ierfan Hafizan Muhammad Hafiz

Pertahanan 

19

JDT III

5.

Faez Iqhwan Muhammad Azmi

Penjaga gol

19

JDT III

6.

Januwaar Ahmad Iskandar Gopal

Penjaga gol

19

JDT III

7.

Abid Safaraz Rozaidi

Penyerang

19

JDT III

8.

Izzuddin Afif Nazarudin

Penyerang

18

JDT III

9.

Muhammad Amar Imran Uzaini Ashadi

Penyerang

18

JDT IV

10.

Arayyan Hakeem Norizam

Penyerang

17

JDT IV

11.

Aisy Aqasha Noorazhar

Pertahanan

18

JDT IV

12.

Muhammad Ilhaam Azani Mohd Azamin

Tengah

18

JDT IV

13.

Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku Hazman

Tengah

18

JDT IV

14.

Muhammad Naqif Firhad Mohd Shafarin

Tengah

18

JDT IV

15.

Adam Hakimi Mohd Zaki

Pertahanan

18

JDT IV

16.

Muhamad Irfan Aswad Roslan

Pertahanan

19

Selangor FC II

17.

Muhammad Danial Hqzeiry Mohd Amin

Tengah

19

Selangor FC B-20

18.

Muhammad Airel Husainy Yusoff

Pertahanan

19

Selangor FC B-20

19.

Syazril Izwan Shairunizam

Pertahanan

18

Selangor FC B-18

20.

Muhammad Adib Rashidi

Penyerang

18

Selangor FC B-18

21.

Ahmad Zidan Ahmad Fazly

Penjaga gol

18

Selangor FC B-18

22.

Luka Jordy Hodak

Tengah

18

NK Trnje FC

23.

Pravinash Ravindran

Tengah

18

MISC – Touchtronics FC

 

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2563073