EKONOMI

IJM Umum SPRM Selesai Siasatan Terhadap Krishnan Tan

15/05/2026 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- IJM Corporation Bhd mengumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan membabitkan Pengerusinya, Tan Sri Krishnan Tan, berkaitan dengan tawaran pengambilalihan sukarela oleh Sunway Bhd.

Menurut kenyataan IJM pada Jumaat, SPRM mengesahkan tiada tindakan pendakwaan lanjut akan diambil dan perkara tersebut telah dikategorikan sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) berkenaan dengan berhubung siasatan itu.

“IJM menyambut baik perkara ini. Syarikat telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang proses siasatan tersebut dan kekal komited untuk menyokong pihak berkuasa seperti yang diperlukan.

“Memandangkan perkara ini kini selesai, IJM akan terus melangkah maju dengan tekad, memberi tumpuan kepada pelaksanaan keutamaan strategik serta memanfaatkan nilai daripada portfolio merentas perniagaan teras kumpulan,” jelas IJM Corp.

Dalam kenyataan berasingan, Tan berkata SPRM telah mengesahkan bahawa siasatan itu telah selesai dan kes tersebut itu dikategorikan sebagai NFA, seperti yang dinyatakan dalam surat bertarikh 30 April, 2026.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2557636