PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

11/05/2026 10:22 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini seiring dengan penurunan pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026, Jun 2026, September 2026 dan Disember 2026, masing-masing menurun 0.5 mata kepada 1,749.0, 1,748.5, 1,729.0 dan 1,731.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,002 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,636 kontrak.

FBM KLCI berkurangan 2.35 mata kepada 1,745.71 daripada 1,748.06 semasa ditutup pada Jumaat lalu selepas 48 minit dagangan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2555373