PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

05/05/2026 11:12 AM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa, menjejaki penurunan dalam pasaran tunai.

Pada 9.39 pagi, kontrak bulan Mei 2026 dan September 2026 susut 5.5 mata masing-masing kepada 1,738.5 dan 1,720.0, Jun 2026 merosot 6.5 mata kepada 1,737.0, manakala Disember 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,722.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,449 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,464 kontrak.

Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI menguncup 4.17 mata kepada 1,735.60 daripada 1,739.77 semasa ditutup Isnin.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2552876