PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

04/05/2026 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa baharu Mei 2026 naik 9.0 mata kepada 1,728.5. Jun 2026 dan Disember 2026, masing-masing meningkat 10.50 mata kepada 1,729.0 dan 1,711.50 serta September 2026 menokok 11.50 mata kepada 1,712.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,059 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,289 kontrak.

Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.32 mata kepada 1,728.34 daripada 1,722.02 semasa ditutup pada Khamis lepas.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2552477