AM

Kerajaan Negeri Sabah Jamin Keselamatan, Bantuan Segera Mangsa Kebakaran Sandakan

19/04/2026 12:53 PM

SANDAKAN, 19 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi menyalurkan bantuan segera dan memastikan keselamatan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini terjamin.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keutamaan ketika ini ialah memastikan kebajikan mangsa terjaga dan selesa seperti penyediaan tempat perlindungan sementara, keperluan asas serta makanan.

“Saya amat berdukacita menerima laporan kebakaran besar yang melibatkan ratusan rumah di Kampung Bahagia.

“Kerajaan negeri akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala bentuk bantuan disalurkan dengan segera dan berkesan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air Kampung Bahagia musnah dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi.

-- BERNAMA



 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2546584