PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

02/04/2026 09:51 PM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada US$4,643.9 bagi setiap auns troy daripada US$4,742.80 bagi setiap auns troy semalam.

Sementara itu, kontrak Mei 2026 melemah kepada US$4,663.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,762.10 bagi setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,682.50 bagi setiap auns troy daripada US$4,782.40 bagi setiap auns troy.

Jumlah dagangan semakin merosot kepada sembilan lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 57 kontrak daripada 55 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,739.0 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga di London Bullion Market Association pada 1 April, 2026.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2540328