PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

01/04/2026 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada Rabu.

Pada 9.37 pagi, kontrak April 2026 menambah 18.5 mata kepada 1,708.0, Mei 2026 meningkat 19 mata kepada 1,708.5, kontrak Jun 2026 naik 19.5 mata kepada 1,706.5, manakala kontrak September 2026 menokok 17 mata kepada 1,688.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,115 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,878 kontrak.

Pada 9.59 pagi, FBM KLCI meningkat 10.16 mata kepada 1,700.52 selepas 59 minit dagangan, berbanding paras 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2539633