SUKAN

ACC 2026: Nurul Izzah Izzati Terlepas Podium Acara Pecut

30/03/2026 09:59 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pelumba negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang merangkul pingat acara pecut individu wanita selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun itu tewas kepada pelumba China Wang Lijuan 2-0 pada perlumbaan penentuan pingat gangsa di Velodrom Tagaytay City.

Pada perlumbaan pertama, Lijuan mencatat masa 11.235 saat (s) sebelum sekali lagi mengetepikan Nurul Izzah pada perlumbaan kedua dengan catatan 11.071s sekali gus merangkul pingat gangsa. 

Pingat emas acara itu menjadi milik seorang lagi wakil China Yuan Liying yang menewaskan pelumba Jepun Mina Sato dalam aksi final.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2539146