KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat dalam satu siaran khas 6.30 petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pendekatan yang digariskan adalah tegas, terancang serta berpaksikan kepentingan rakyat dan ketahanan negara.
“Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara,” katanya.
Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media televisyen tempatan termasuk Bernama TV dan RTM.
-- BERNAMA