HAIKOU, 18 Mac (Bernama-CMG) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou membuka dua laluan pengangkutan kargo udara ke Ho Chi Minh City dan Kuala Lumpur masing-masing pada Isnin dan Selasa.
Pelancaran kedua-dua laluan itu akan meningkatkan lagi pengangkutan kargo antarabangsa antara Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dengan negara-negara Asia Tenggara.
Penerbangan antara Haikou dengan Kuala Lumpur dikendalikan oleh syarikat Tianjin Air Cargo dengan kekerapan enam kali seminggu.
Pelancaran penerbangan ini akan membawa masuk lebih banyak buah-buahan tropika, hasil akuatik premium serta barangan perdagangan biasa dari Malaysia, sekali gus meningkatkan kecekapan pengangkutan antara Hainan dan Malaysia.
Untuk rekod, Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou kini mengendalikan enam laluan kargo antarabangsa, meliputi bandar-bandar di Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.
Menurut statistik, dari awal tahun ini hingga 16 Mac, jumlah pengendalian kargo dan mel antarabangsa di Lapangan Terbang Meilan Haikou mencatat kira-kira 5,887 tan metrik, menokok 70 peratus dari tahun ke tahun.
– BERNAMA-CMG