KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir urus niaga Rabu.
Sewaktu ditutup, kontrak semasa Mac 2026 dan September 2026 naik 0.5 mata kepada 1,682.0 dan 1,663.0 manakala April 2026 dan Jun 2026 menokok 1.0 mata masing-masing kepada 1,683.0 dan 1,681.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,392 lot daripada 9,388 semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,191 kontrak daripada 43,191 sebelum ini.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 7.10 mata kepada 1,708.78 daripada paras penutup 1,701.68, semalam.
-- BERNAMA