Pembantu gerai burger Mohd Azlan Mat Rahim, 40, (kanan) didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan susulan kejadian curi pada Isnin lepas.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati telah memberikan pengakuan kepada anggota polis Koperal Norfadilah Jahar secara lisan dan bertulis laporan polis berkaitan jenayah curi yang mana tertuduh mengetahui adalah palsu.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA