DUNIA

Dua Dron Sasar Pangkalan AS Victoria Berhampiran Lapangan Terbang Baghdad

02/03/2026 10:01 AM

ISTANBUL, 2 Mac (Bernama-Anadolu) -- Dua dron menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat (AS) Victoria berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut saluran televisyen satelit swasta Iraq, Al-Sumaria dan Al-Rasheed, satu dron jatuh di dalam kawasan operasi khas, manakala satu lagi dipintas oleh pertahanan udara AS di pangkalan tersebut.

Sumber keselamatan memberitahu Al-Rasheed bahawa pusat sokongan logistik di dalam pangkalan Victoria adalah antara sasaran.

Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2529298