DUNIA

AS Benarkan Perlepasan Sebahagian Staf Kedutaan Dari Israel Atas Faktor Keselamatan

27/02/2026 11:10 PM

BAITULMUQADDIS, 27 Feb (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membenarkan pada Jumaat perlepasan staf bukan petugas utama Kerajaan AS dan ahli keluarga mereka daripada Perwakilan Israel berikutan risiko keselamatan, menurut kenyataan Kedutaan AS di Baitulmuqaddis dalam hantarannya di X yang dipetik oleh Xinhua.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan AS mungkin akan mengenakan sekatan lanjut atau menghalang kakitangan kerajaan dan ahli keluarga mereka daripada melancong ke kawasan tertentu di Israel, Bandar Lama Baitulmuqaddis dan Tebing Barat sebagai tindak balas kepada insiden keselamatan tanpa notis awal.

-- BERNAMA-XINHUA

KEYWORDS
      
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528633