KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir minggu ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang perlahan.
Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2026 rendah 25 mata kepada 1,716.0, Mac 2026 susut 30 mata kepada 1,693.0, Jun 2026 berkurangan 31 mata kepada 1,697.0 dan September 2026 menyusut 35 mata kepada 1,681.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 14,610 lot daripada 27,484 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 55,247 kontrak daripada 68,418 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 24.33 mata atau 1.39 peratus kepada 1,716.61 berbanding 1,740.94 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA