KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sarawak hingga 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang diramal terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah dan Kapit (Belaga).
-- BERNAMA