PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

20/02/2026 06:53 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 susut 12.0 mata kepada 1,746.0, Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing merosot kepada 11.5 mata kepada 1,726.50 dan 1,731.50.

Sementara itu, kontrak September 2026 turun 9.0 mata kepada 1,719.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10,258 lot daripada 6,629 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,706 kontrak daripada 44,029 kontrak sebelum itu.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.72 mata kepada 1,752.83 daripada 1,752.11 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2525868