DUNIA

Perancis Siap Siaga Susulan Risiko Banjir Akibat Cuaca Buruk

16/02/2026 11:35 PM

ISTANBUL, 16 Feb (Bernama-Anadolu) -- Perancis dalam keadaan siap siaga pada Isnin berikutan risiko banjir, khususnya di barat daya negara itu, ketika cuaca buruk dijangka melanda, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Perkhidmatan kaji cuaca Meteo-France mengeluarkan amaran merah bagi dua jabatan dan amaran jingga bagi 21 jabatan lain susulan risiko banjir serta hujan lebat.

Jabatan Gironde dan Lot-et-Garonne di barat daya negara itu diletakkan di bawah amaran merah.

Paras air di ibu negara dilaporkan meningkat, dengan Sungai Seine mencecah 3.29 meter (10.8 kaki) setakat pagi ini, berbanding paras biasa antara 1 hingga 2 meter (3.3 hingga 6.6 kaki), menurut penyiar BFMTV yang memetik Dewan Bandaraya Paris.

Salji lebat dengan risiko besar kejadian runtuhan salji juga dijangka berlaku di sekitar banjaran Pyrenees dan Alps.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2524837