DUNIA

China, Cuba Ikrar Perkukuh Hubungan Dua Hala

06/02/2026 04:10 PM

BEIJING, 6 Feb (Bernama-CMG) -- Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Cuba, Bruno Rodriguez Parrilla di sini pada Khamis.

Wang berkata rantau Amerika Latin kini berdepan perubahan yang semakin kompleks.

Beliau menegaskan bahawa China berdiri teguh menyokong usaha Cuba dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara itu selain menentang campur tangan kuasa luar serta menolak sebarang tindakan yang menjejaskan hak pembangunan rakyat negara itu.

Menurut beliau, China bersedia bekerjasama dengan Cuba untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara selain terus memberi sokongan dan bantuan serta mengukuhkan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua pihak.

China juga bersedia bersinergi dengan negara-negara yang sehaluan untuk memperkukuh perpaduan Selatan Global serta menyumbang kepada keamanan serantau dan dunia, kata Wang.

Sementara itu, Rodriguez berkata hubungan Cuba-China merupakan model solidariti dan kolaborasi antara kuasa besar dan kecil serta antara China dengan negara Amerika Latin. 

Beliau turut menyatakan kesediaan Cuba untuk memperkasa kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang dan memajukan lagi hubungan dua hala.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2520907