DUNIA

Jet Peribadi Terhempas Di Lapangan Terbang Maine AS Ketika Ribut Salji

26/01/2026 03:24 PM

SAN FRANCISCO, 26 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sebuah jet perniagaan peribadi yang membawa lapan orang terhempas ketika berlepas di Lapangan Terbang Bangor di negeri Maine, Amerika Syarikat (AS) pada petang Ahad, lapor Xinhua.

Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa pasukan kecemasan bertindak balas terhadap insiden itu kira-kira 7.45 malam Waktu Timur, dan lapangan terbang tersebut ditutup sementara.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2516880