Peniaga makanan Noraini Othman, 49, menyiapkan pesanan pelanggannya di sebuah kedai makan di Semariang sempena Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu Tahun 2026 yang mula disalurkan hari ini selepas ditemui pemberita Bernama.
Pelaksanaan STR oleh kerajaan terus memberi impak positif bukan sahaja kepada penerima bantuan, malah turut membantu peniaga makanan kecil meningkatkan hasil jualan mereka.