DUNIA

Xi Ucap Tahniah Kepada Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika

09/01/2026 03:42 PM

BEIJING, 9 Jan (Bernama-CMG)-- Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada majlis perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika 2026, pada Khamis.

Dalam suratnya, Xi menyatakan bahawa Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-70 jalinan hubungan diplomatik antara China dengan Afrika merupakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, dan menandakan langkah penting untuk memperkukuh persahabatan China-Afrika dalam kalangan rakyat pada titik permulaan baharu dalam sejarah.

Beliau berharap kedua-dua pihak agar mengambil peluang tahun pertukaran ini untuk mengukuhkan persahabatan tradisional, meningkatkan pertukaran dan saling pempelajaran antara peradaban, meluaskan pertukaran rakyat-ke-rakyat khususnya dalam golongan belia, mempergiat pertukaran pengalaman tadbir urus, dan berganding bahu untuk mempromosikan pembinaan modenisasi.

Melalui usaha-usaha itu, kedua-dua pihak dapat menggalakkan persefahaman rakyat China dan Afrika yang berbilang 2.8 bilion, sekali gus menyumbang kepada perpaduan Selatan Global untuk  bersama-sama menangani cabaran, menyemarakkan nilai bersama umat manusia serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menurut Xi.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510651