PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

08/01/2026 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini.

Kontrak Mac 2026 meningkat kepada US$4,475.2 setiap auns troy daripada US$4,508.7 pada Rabu tetapi kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 merosot kepada US$4,440.7 setiap auns troy daripada US$4,474.0 sebelumnya dan Februari 2026 susut kepada US$4,457.2 daripada US$4,490.7.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, ditutup pada US$4,493.2 setiap auns troy daripada US$4,526.7 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 239 lot daripada 303 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 315 kontrak daripada 344 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,438.0 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Jan, 2026.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510401