DUNIA

Dua Maut, Enam Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Utah

08/01/2026 05:31 PM

ISTANBUL, 8 Jan (Bernama-Anadolu) -- Dua maut manakala lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan di majlis pengebumian di luar sebuah gereja lewat Rabu di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media.

Menurut Fox News, pihak polis memaklumkan bahawa tiga daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung insiden tembakan di The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints di 660 North Redwood Road.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa beberapa mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan persendirian sebelum pegawai tiba di lokasi kejadian.

Redwood Road masih ditutup berhampiran gereja berkenaan, dan pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510355