DUNIA

Bekas Ejen CIA Aldrich Ames, Yang Mengintip Untuk Moscow Meninggal Dunia 

07/01/2026 06:18 PM

WASHINGTON, 7 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Bekas pegawai perisikan balas Agensi Perisikan Pusat (CIA) Aldrich Ames, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana bekerjasama dengan Moscow, meninggal dunia di sebuah penjara Amerika Syarikat (AS) pada usia 84 tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Rabu.

“Meninggal dunia: 05/01/2026,” menurut Biro Penjara Persekutuan AS sebagai reaksinya terhadap permintaan maklumat mengenai Aldrich.

Aldrich dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 1994 atas pertuduhan mengintip untuk Kesatuan Soviet (USSR) dan Rusia.

Beliau berkhidmat dengan CIA selama lebih 30 tahun, dan dilaporkan bekerjasama dengan Moscow selama lebih sembilan tahun.

-- BERNAMA-SPUTNIK

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2509949