KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar yang menyusut.
Pada 9.37 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2026 dan Jun 2026 masing-masing menyusut 1.0 mata kepada 1,673.0 dan 1,663.0 manakala Februari 2026 dan Mac 2026 berkurangan 0.5 mata kepada 1,676.5 dan 1,658.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,533 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,469 kontrak.
Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 4.96 mata kepada 1,667.39 selepas 37 minit dagangan berbanding 1,672.35 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA