MOSCOW, 25 Dis (Bernama-Xinhua) -- Dua maut dalam kebakaran sebuah bangunan pangsapuri di timur Moscow, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.
Kebakaran itu berlaku di sebuah unit kediaman dalam bangunan pangsapuri bertingkat di Khabarovskaya Street pada Rabu, menurut agensi berita TASS yang memetik perkhidmatan kecemasan, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai punca kejadian.
Pasukan perkhidmatan kecemasan dan agensi penguatkuasaan undang-undang sedang menjalankan tugas di lokasi kejadian
-- BERNAMA-XINHUA