EKONOMI

Bursa Malaysia Ditutup Sempena Cuti Krismas, Tahun Baharu

23/12/2025 06:27 PM

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu. 

Bursa Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini berkata operasinya akan disambung semula pada hari berikutnya selepas setiap cuti umum itu.

Bagaimanapun, katanya, dagangan pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) akan kekal dibuka sepanjang cuti umum tersebut.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2505642