PASARAN

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan Dalam Persekitaran Peningkatan Paras Stok

20/12/2025 10:53 AM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan peningkatan paras stok.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang lemah daripada pembeli turut diunjurkan mengehadkan keuntungan dalam pasaran MSM.

“Kami menjangkakan harga akan berada dalam julat antara RM3,800 dan RM4,050 satu tan metrik minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Secara mingguan, kontrak Disember 2025 turun RM88 kepada RM3,892 satu tan, Januari 2026 merosot RM99 kepada RM3,904 setan dan Februari 2026 berkurangan RM113 kepada RM3,905 satu tan.

Kontrak Mac 2026 menguncup RM117 kepada RM3,911 setan, April 2026 berkurangan RM119 kepada RM3,916 satu tan dan Mei 2026 merosot RM120 kepada RM3,914 setan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 408,456 lot daripada 436,257 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 276,507 kontrak daripada 263,277 kontrak.

Harga fizikal MSM untuk Disember Selatan berkurangan kepada RM80 kepada RM3,950 satu tan.

-- BERNAMA  

 

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2504715